السلام عليكم
Semoga kemusykilan anda dapat dijawab dalam ruangan ini.
Bagaimanapun, sekiranya ruang ini tidak mempunyai jawapan kepada kemusykilan anda, sila guna Borang Pertanyaan dibahagian bawah blog ini untuk mengaju soalan anda.
Sekian. Terimakasih.
Apa kelebihan minyak ini berbanding dengan minyak serai yang ada dalam pasaran?
ReplyDeleteKami tidak melihat Minyak Urut Serai Teratak Kencana sebagai saingan kepada mana-mana minyak urut serai yang ada dalam pasaran.
DeleteAtas sebab ini, kami tidak melihat dari segi kelebihan tetapi dari segi pilihan.
Kami menyediakan satu lagi pilihan untuk minyak urut serai kepada pengguna.
Minyak urut serai yang diedarkan oleh kami mempunyai bau yang tidak kuat.
Selain itu ia kurang panas.
Minyak Urut Serai Teratak Kencana boleh digunakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Ada pantang larang untuk penggunaan minyak ini?
ReplyDeleteTidak ada pantang larang kerana minyak ini tidak dirukyah.
DeleteBagaimanapun, minyak ini boleh dirukyah jika mahu.
Bagaimana merukyah minyak ini?
ReplyDeleteMeruqyah seperti disarankan oleh Ustadz Abdul Somad :
DeleteYang Pertama: Surah al-Fatihah sampai habis
Yang Kedua: Surah al-Baqarah (5 ayat pertama)
Yang Ketiga: Ayat Kursi
Yang Keempat: Surah al-Baqarah (dua ayat terakhir.. Lillahi; dan seterusnya)
Yang Kelima: Surah al-Ikhlas
Yang Keenam: Surah al-Falaq
Yang Ketujuh: Surah an-Nas
Berapa Kali Membaca Ayat Ruqyah? Membaca ayat-ayat ruqyah boleh dalam hitungan ganjil 1,3,5, atau 7, kerana Allah swt sangat menyukai hitungan ganjil.
Selepas membaca, ditiupkan pada minyak yang telah dibuka penutupnya; dengan harapan ALLAH swt akan memberi kesembuhan.
Rujukan: https://medium.com/@ruqyahmandiri/cara-meruqyah-diri-sendiri-menurut-ustadz-abdul-somad-lc-b3c20e4c0433
Bagaimana mengguna minyak ini?
ReplyDeleteKegunaan untuk luaran sahaja.
DeletePenggunaan yang disarankan ialah untuk mengurut.
Bagaimanapun ia boleh digunakan sebagai 'minyak panas' walaupun tidak kuat 'panas'.
Bagaimana mendapatkan minyak ini?
ReplyDeleteBuat masa ini, pemasaran untuk minyak urut serai ini lebih tertumpu kepada Kuching / Samarahan.
DeleteBagaimanapun, kita turut menerima pesanan dari Semenanjung Malaysia.
Harga jualan untuk seluruh Malaysia adalah sama - iaitu RM20.
Bagaimanapun, untuk pesanan diluar bandaraya Kuching dan Kota Samarahan, kos penghantaran secara pos akan ditanggung oleh pembeli.
Pesanan boleh dibuat dengan mengisi Borang Oder dibahagian bawah blog ini.
Sila nyatakan nombor telefon bimbit ketika membuat pesanan.
Adakah minyak ini boleh diguna oleh bukan Islam?
ReplyDeletePenggunaan minyak ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja.
DeleteBukan Islam pun boleh menggunakan minyak ini.
Adakah normal untuk berpeluh setelah minyak disapu diseluruh badan?
ReplyDeleteMinyak urut serai ini bukan termasuk dalam kategori 'kuat panas'.
DeleteBagaimanapun, tahap 'kepanasan' bergantung kepada individu.
Atas sebab ini, kuantiti minyak yang hendak digunakan mesti berdasarkan tahap sensitiviti individu.
Minyak urut ini boleh digunakan untuk melegakan senggugut?
ReplyDeleteInsyallah. Ia boleh digunakan sebagai minyak urut atau minyak panas (walaupun tahap kepanasannya agak rendah).
DeleteAdakah minyak urut ini dibuat oleh Terapi Aura Teratak Kencana?
ReplyDeleteTidak. Pihak Terapi Aura Teratak Kencana hanya mengedarkan minyak urut serai ini.
Delete